Nadi X Mahir: Mahir Masak Edisi Aidilfitri
13 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2026 bersamaan hari Khamis, Mahir Masak Edisi Aidilfitri bersama Chef Florence Tan telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari penyediaan hidangan istimewa sempena Aidilfitri yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, di samping meningkatkan kemahiran memasak melalui penerangan bahan, teknik penyediaan serta latihan amali secara langsung.
Aktiviti Utama:
1. Penerangan bahan-bahan, teknik penyediaan dan demonstrasi cara memasak Ayam Rendang
2. Penerangan bahan-bahan, teknik penyediaan dan demonstrasi cara membuat Chocolate Cup Fruitcake
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menguasai dua resipi istimewa Aidilfitri, meningkatkan keyakinan dalam penyediaan hidangan serta menambahn kemahiran memasak secara praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: